07 September 2009

Majlis izin ilmu UPSR 09




Dah lama rasanye tak update blog..bukan ape takde waktu plus takde cite sebenarnye...Anyway ari ni nk bercerita juga mengenai tajuk diatas...Pada hari jumaat lalu bersamaan dengan 4 September, sekolah aku mengadakan Majlis Izin Ilmu untuk murid-murid UPSR 2009 yang dianjurkan secara bersama oleh Unit Bimbingan SKTL serta AJK Kecermerlangan UPSR.. Antara rasional program ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid memohon keredhaan ilmu daripada guru-guru yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada mereka..Sekali lagi pada tahun ini Aku tidak berkesempatan berada dalam majlis berkenaan..Pada tahun lalu Aku berada di IPT untuk kursus dalam perkhidmatan manakala pada tahun ini Aku berada di SK.Paya Pulai untuk taklimat pengawas peperiksaan UPSR 09...Namun Aku tetap berdoa serta mengharapkan yang terbaik daripada anak-anak didik UPSR 09 ini kerana sebilangan daripada mereka pernah aku didik selama 2 tahun iaitu dalam tahun 4 serta 5..tetapi tidak berkesempatan untuk bersama-sama mereka sehingga ke tahun 6...Berjuanglah anak-anak didik sekalian...Semoga kejayaan dalam genggaman kalian..



Salam 1Malaysia



Logo hari kebangsaan diatas banyak memberi makna dalam diari kehidupanku sebagai anak watan Malaysia... Masih kekal bersemadi dalam lipatan ingatanku 31 0g0s 1994, merupakan tarikh keramat Aku menyambut kemerdekaan sebagai peserta acara padang dalam membina logo hari kebangsaan yang ke 37 bertemakan ' Nilai murni jayakan wawasan'..Setelah berhempas pulas menjalani latihan dengan pekikan laungan jurulatih selama 2 bulan akhirnya kami berjaya membina logo berkenaan dengan jayanya di Dataran Merdeka bersaksikan Perdana Menteri Malaysia pada masa tersebut iaitu Yang Berbahagia Tun Mahathir Mohd...kini sudah hampir 15 tahun kenangan itu berlalu namun semangat merdeka dalam sanubari ini tidak pernah padam..Setiap kali menyambut hari kebangsaan kenangan berkenaan akan mekar kembali..



logo_1malaysia



Salam Kemerdekaan kepada semua warga Malaysia yang tercinta..Walaupun 31 Ogos telah berlalu..namun semangat kemerdekaan serta jiwa merdeka haruslah senantiasa bersemadi dalam jiwa kita semua selaku anak bangsa bumi ini...Perjuangan tokoh-tokoh terdahulu haruslah tidak dipandang sepi serta hendaklah dijadikan pedoman serta iktibar pada kita semua dalam lebih menghayati apa itu merdeka..52 tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat dan kini kita telah melihat kesannya...Moga kemerdekaan ini akan terus kita genggami hingga ke hujung nyawa..InshaAllah..Merdeka! Merdeka! Merdeka!....Berikut adalah keterangan logo 1Malaysia bagi tahun 2009..

Keterangan logo 1 Malaysia

Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

30 August 2009

Award & tag


First time dpt award berserta ngan tag sekali 2 in 1 dr kak eyna..thanks kak eyna, sifu yg ajar serta ajak aku buat blog nie...Tag ni ade syarat2nye..mari kita lihat..

1. Link the person who tagged you
2. Copy the image above, the rules and the questionnaire in this post
3. Post this in one or all of your blogs
4. Answer the four questions following these Rules
5. Recruit at least seven (7) friends on your Blog Roll by sharing this with them
6. Come back to BLoGGiSTa iNFo CoRNeR (PLEASE DO NOT CHANGE THIS LINK) at http://bloggistame.blogspot.com and leave the URL of your Post in order for you/your Blog to be added to the Master List
7. Have Fun!
Questions & Your Answers

1. The person who tagged you
kak eyna

2. His/her site's title and url

http;//ayang-adleyna.blogspot.com

3. Date when you were tagged

August 30, 2009

4. Persons you tagged

siapa yg kena sori yea trpksa hehehe:-

1 UMMIE ERIEY
2 klcitizen
3 tarantula
4 cikgupj
5 kasihkuamiera
6 sue
7 cikgu khairiza


22 August 2009



Salam Ramadhan al Mubarak kepada semua pengunjung blog ini.....Semoga ibadah kita pada tahun ini diterima olehNya dan kita diberi kesihatan yang baik untuk mengharunginya...Moga-moga Ramadhan ini memberi seribu erti, meningkatkan keinsafan serta tawaduk kita kepadanya..Amin..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


gersang bumi tanpa hujan..gersang akal tanpa ilmu,,gersang hati tanpa iman..gersang jiwa tanpa amal..
marhaban ya ramadhan…………….
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Mohon Maaf lahir dan batin



16 August 2009

15 sebab bencana menimpa manusia


Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat. Sama-samalah kita renung-renungkan... Adakah SINONIM dengan wabak yang melanda kita kini...

Wallahualam

Kredit pada isu hangat diatas info ini..

15 August 2009

Pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ogos rupanye kita ni..Kalau ikut kalendar Islam kita dh pun diakhir bulan Syaaban dan seperti yang kita semua sedia maklum seminggu lagi akan menjelanglah bulan yang kita semua umat Islam nanti-nantikan ketibaannya setiap tahun iaitu kedatangan bulan Ramadhan al-mubarak..Berdoalah kita agar sama-sama kita dapat mengharungi dan memperoleh sebanyak mungkin pahala amal dalam bulan yang mulia itu nanti...InshaAllah...

Bercakap mengenai tajuk diatas, rata-rata semua sekolah rasanya telah dan sedang mengadakan sambutan bulan kemerdekaan...Tidak terkecualilah juga dengan sekolah Aku... Semalam jumaat bersamaan de
ngan 14hb Ogos, kami mengadakan perhimpunan pelancaran di tapak perhimpunan sekolah..Rata-rata anak murid semuanya ada bendera ditangan masing-masing... bagus tu objektif tercapai...Acaranye simple sahaja serta serupa dengan tahun-tahun sebelum ini iaitu persembahan daripada murid-murid seperti bacaan sajak serta nyanyian..Kelainan pada tahun ni cuma satu iaitu persembahan syair dari seorang guru atas permintaan pihak sekolah...Maka mendayu-dayulah tapak perhimpunan pada pagi tersebut dengan kelunakkan suara guru berkenaan..Oklah aku rasa kalau join pertandingan syair antara sekolah sure sekolah kami boleh jadi champion punye..


Namun jauh disudut hati tetiba aku rasa sayu...Sayu memandang semua anak bangsaku pewaris masa depan Malaysia ini..T
etiba rasa cam tak bersemangat seperti tahun-tahun sebelum ni...Bukan ape cuma berasa tersangat berat dugaan yang melanda...Ya ancaman wabak yang telah meragut banyak nyawa kini membuatkan aku berasa begitu....harapanku moga kehadiran kemerdekaan serta bulan Ramadhan akan datang dapat menjauhkan wabak ini...Sama-samalah kita berdoa supaya kita dihindari dari dijangkitinya..InshaAllah..Allah maha mendengar lagi maha mengetahui..Amin..

08 August 2009

Jagung...


Amacam jagung kat atas ni...ok tak? Ni la dia hasil dari kebun kecilku yg terletak di tepi rumah sewa ku ini...Actually hasil tangan hubby aku...Aku ade gaklh tolong sikit2..Tolong cabut rumput ngan meneman hubby aku je...Last week, balik kl aku angkutlh sekali sume2 yg ade kat kebun aku ni..Antaranya pucuk ubi, serai, daun pisang, daun pandan serta jagung tu..Happy sgt mum aku menerimanya...Almaklum sumenye berbeli kat bandar nu...Inilh dia antara aktiviti hubby, aku ngan anak2..Ptg2 kat sinilh kami lepak...lepak yg berfaedah ya tak...Dari luas tak berbela baik dikerjakan..

Inilah dia kebun cenonet yg aku maksudkan...Ramai ge yg lalu lalang kat tepi rumah dok menanyakan pasal jagung ni termasuklah kengkawan serta anak muridku..Siap suruh wat bubur jagung lg tu..Nantilah InshaAllah, ade kesempatan sampailah bubur kat staffroom tu..Sabo na..Baru nak menjadi...k then..tggu pokok yg lain pula yea..

Bengkel..


Pada ari Isnin dan Selasa yang lalu..Panitia bahasa inggeris sekolah aku mengadakan satu bengkel grammar untuk murid-murid kelas pertama dan kedua tahun 4 dan 5...Bengkel ni berlangsung selama dua ari...akulah guru yang dipertanggungjawabkan bg mengelola bengkel berkenaan...Dari kutipan yuran hinggalah ke pengacara majlis...Memang busy...Ape tak busynye..aku terpaksa berkejar-kejaran antara bengkel serta kelas yang aku kena mengajar seperti biasa..tidak ade 'relieve' teacher utk aku..Anyway bengkel tersebut berjalan dengan baik dan aku dapati anak-anak muridku mendapat info bermanfaat dr bengkel berkenaan..kredit pada Bistamam training & consultancy kerna informasi mereka mantap serta menarik ...Walaupun aku tak dpt ikut serta, aku dpt gak sedikit sebanyak info how to improve grammar in teaching...

29 July 2009

Cite ari ni..

Ari ni..Aku agak kelam kabut kerana ade pelawat ke sekolah..
Kedengaran di corong... 'Announcement' dibuat oleh GPK 1 mengkehendaki semua fail-fail penting
dihantar ke bilik gerakan...Termasuk semua penyelaras tahun....aku tidak terkecuali..
Hahaha..Alamak...Tak siap lg...ape nak wat ni...Hehehe tp nasibku baik kerna penyelaras lain pn tak wat sama...Yg penting kesemua keputusan peperiksaan termasuk yg terkini telah tersedia..Actually bukan ape..Cuma beberape borang tertinggal...Alhamdulillah pegawai yang berkenaan tak jadi dtg..Amin..oklhkn..Moralnya jgn wat keje last minit...Mcm aku..hehehe..

17 July 2009

Solution for bad result

Penyelesaian bagi result bad year 4 pada entri yang lalu adalah adakan kelas tambahan...Kata sepakat dalam mesyuarat panitia serta gesaan dari GPK 1 telah menetapkan yang 'extra classes need to be done'....Tambahan keje lagi..Tak mengapa, InshaAllah aku akn lakukan sedaya mungkin lagipun ini adalah cabaran bagi meningkatkan prestasi mereka...Aku dapat dalam lebih kurang 11 orang bebudak dari kelas uta dan marikh...kira murid 'border line'....Semua sekali dalam 4 buah kelas dan 4 orang guru terlibat termasuklah aku.....First time, jumpa ngan diaorang last Thursday...Memang terdapat wajah-wajah yang agak tak berapa perkenan ngan subjek ni...And part yang weak among them are their vocabulary and of course they lack in using the dictionary..So, kenalah tanamkan minat suka cari words in dictionary...So, doa2kanlah ya semoga usaha ni berjaya...

02 July 2009

Bad result...

Aduhai merana jiwa minggu ni...Result keseluruhan peperiksaan P2 dah kuar...Yang sadisnya result untuk tahun 4 merosot teruk 29.2% je....Yang teruk tu kesemuanya subjek teras kecuali BMK.....Tak disangka-sangka sebenarnya, napelah teruk sangat ni....Selaku penyelaras tahun 4 memang akulah orangnya yang perlu beri jawapan. Dah disuruh berkorban, nampaknya terkorban dah tahun 4 tu... Emm, masak nak kena jawab nanti bila GB tanya...Kacau fikiran dibuatnya dahlah bab 'assignment' tak selesai lagi datang pulak bab yang ni...Tulah dia cabaran yang perlu dilalui serta amanah yang perlu dipikul...

22 June 2009

Salam perkenalan

Assalammualaikum & salam sejahtera...

Salam perkenalan serta selamat berkunjung ke lamanku ini...Diharap laman ini dapat memberi info, perkongsian cerita, pertukaran idea serta pandangan agar dapat kita manfaatkan bersama-sama..InshaAllah...