Bercakap mengenai tajuk diatas, rata-rata semua sekolah rasanya telah dan sedang mengadakan sambutan bulan kemerdekaan...Tidak terkecualilah juga dengan sekolah Aku... Semalam jumaat bersamaan dengan 14hb Ogos, kami mengadakan perhimpunan pelancaran di tapak perhimpunan sekolah..Rata-rata anak murid semuanya ada bendera ditangan masing-masing... bagus tu objektif tercapai...Acaranye simple sahaja serta serupa dengan tahun-tahun sebelum ini iaitu persembahan daripada murid-murid seperti bacaan sajak serta nyanyian..Kelainan pada tahun ni cuma satu iaitu persembahan syair dari seorang guru atas permintaan pihak sekolah...Maka mendayu-dayulah tapak perhimpunan pada pagi tersebut dengan kelunakkan suara guru berkenaan..Oklah aku rasa kalau join pertandingan syair antara sekolah sure sekolah kami boleh jadi champion punye..
Namun jauh disudut hati tetiba aku rasa sayu...Sayu memandang semua anak bangsaku pewaris masa depan Malaysia ini..Tetiba rasa cam tak bersemangat seperti tahun-tahun sebelum ni...Bukan ape cuma berasa tersangat berat dugaan yang melanda...Ya ancaman wabak yang telah meragut banyak nyawa kini membuatkan aku berasa begitu....harapanku moga kehadiran kemerdekaan serta bulan Ramadhan akan datang dapat menjauhkan wabak ini...Sama-samalah kita berdoa supaya kita dihindari dari dijangkitinya..InshaAllah..Allah maha mendengar lagi maha mengetahui..Amin..
No comments:
Post a Comment