Logo hari kebangsaan diatas banyak memberi makna dalam diari kehidupanku sebagai anak watan Malaysia... Masih kekal bersemadi dalam lipatan ingatanku 31 0g0s 1994, merupakan tarikh keramat Aku menyambut kemerdekaan sebagai peserta acara padang dalam membina logo hari kebangsaan yang ke 37 bertemakan ' Nilai murni jayakan wawasan'..Setelah berhempas pulas menjalani latihan dengan pekikan laungan jurulatih selama 2 bulan akhirnya kami berjaya membina logo berkenaan dengan jayanya di Dataran Merdeka bersaksikan Perdana Menteri Malaysia pada masa tersebut iaitu Yang Berbahagia Tun Mahathir Mohd...kini sudah hampir 15 tahun kenangan itu berlalu namun semangat merdeka dalam sanubari ini tidak pernah padam..Setiap kali menyambut hari kebangsaan kenangan berkenaan akan mekar kembali..
Salam Kemerdekaan kepada semua warga Malaysia yang tercinta..Walaupun 31 Ogos telah berlalu..namun semangat kemerdekaan serta jiwa merdeka haruslah senantiasa bersemadi dalam jiwa kita semua selaku anak bangsa bumi ini...Perjuangan tokoh-tokoh terdahulu haruslah tidak dipandang sepi serta hendaklah dijadikan pedoman serta iktibar pada kita semua dalam lebih menghayati apa itu merdeka..52 tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat dan kini kita telah melihat kesannya...Moga kemerdekaan ini akan terus kita genggami hingga ke hujung nyawa..InshaAllah..Merdeka! Merdeka! Merdeka!....Berikut adalah keterangan logo 1Malaysia bagi tahun 2009..
Keterangan logo 1 Malaysia
Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.
No comments:
Post a Comment