07 September 2009

Majlis izin ilmu UPSR 09




Dah lama rasanye tak update blog..bukan ape takde waktu plus takde cite sebenarnye...Anyway ari ni nk bercerita juga mengenai tajuk diatas...Pada hari jumaat lalu bersamaan dengan 4 September, sekolah aku mengadakan Majlis Izin Ilmu untuk murid-murid UPSR 2009 yang dianjurkan secara bersama oleh Unit Bimbingan SKTL serta AJK Kecermerlangan UPSR.. Antara rasional program ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid memohon keredhaan ilmu daripada guru-guru yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada mereka..Sekali lagi pada tahun ini Aku tidak berkesempatan berada dalam majlis berkenaan..Pada tahun lalu Aku berada di IPT untuk kursus dalam perkhidmatan manakala pada tahun ini Aku berada di SK.Paya Pulai untuk taklimat pengawas peperiksaan UPSR 09...Namun Aku tetap berdoa serta mengharapkan yang terbaik daripada anak-anak didik UPSR 09 ini kerana sebilangan daripada mereka pernah aku didik selama 2 tahun iaitu dalam tahun 4 serta 5..tetapi tidak berkesempatan untuk bersama-sama mereka sehingga ke tahun 6...Berjuanglah anak-anak didik sekalian...Semoga kejayaan dalam genggaman kalian..



Salam 1Malaysia



Logo hari kebangsaan diatas banyak memberi makna dalam diari kehidupanku sebagai anak watan Malaysia... Masih kekal bersemadi dalam lipatan ingatanku 31 0g0s 1994, merupakan tarikh keramat Aku menyambut kemerdekaan sebagai peserta acara padang dalam membina logo hari kebangsaan yang ke 37 bertemakan ' Nilai murni jayakan wawasan'..Setelah berhempas pulas menjalani latihan dengan pekikan laungan jurulatih selama 2 bulan akhirnya kami berjaya membina logo berkenaan dengan jayanya di Dataran Merdeka bersaksikan Perdana Menteri Malaysia pada masa tersebut iaitu Yang Berbahagia Tun Mahathir Mohd...kini sudah hampir 15 tahun kenangan itu berlalu namun semangat merdeka dalam sanubari ini tidak pernah padam..Setiap kali menyambut hari kebangsaan kenangan berkenaan akan mekar kembali..



logo_1malaysia



Salam Kemerdekaan kepada semua warga Malaysia yang tercinta..Walaupun 31 Ogos telah berlalu..namun semangat kemerdekaan serta jiwa merdeka haruslah senantiasa bersemadi dalam jiwa kita semua selaku anak bangsa bumi ini...Perjuangan tokoh-tokoh terdahulu haruslah tidak dipandang sepi serta hendaklah dijadikan pedoman serta iktibar pada kita semua dalam lebih menghayati apa itu merdeka..52 tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat dan kini kita telah melihat kesannya...Moga kemerdekaan ini akan terus kita genggami hingga ke hujung nyawa..InshaAllah..Merdeka! Merdeka! Merdeka!....Berikut adalah keterangan logo 1Malaysia bagi tahun 2009..

Keterangan logo 1 Malaysia

Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.