30 August 2009

Award & tag


First time dpt award berserta ngan tag sekali 2 in 1 dr kak eyna..thanks kak eyna, sifu yg ajar serta ajak aku buat blog nie...Tag ni ade syarat2nye..mari kita lihat..

1. Link the person who tagged you
2. Copy the image above, the rules and the questionnaire in this post
3. Post this in one or all of your blogs
4. Answer the four questions following these Rules
5. Recruit at least seven (7) friends on your Blog Roll by sharing this with them
6. Come back to BLoGGiSTa iNFo CoRNeR (PLEASE DO NOT CHANGE THIS LINK) at http://bloggistame.blogspot.com and leave the URL of your Post in order for you/your Blog to be added to the Master List
7. Have Fun!
Questions & Your Answers

1. The person who tagged you
kak eyna

2. His/her site's title and url

http;//ayang-adleyna.blogspot.com

3. Date when you were tagged

August 30, 2009

4. Persons you tagged

siapa yg kena sori yea trpksa hehehe:-

1 UMMIE ERIEY
2 klcitizen
3 tarantula
4 cikgupj
5 kasihkuamiera
6 sue
7 cikgu khairiza


22 August 2009



Salam Ramadhan al Mubarak kepada semua pengunjung blog ini.....Semoga ibadah kita pada tahun ini diterima olehNya dan kita diberi kesihatan yang baik untuk mengharunginya...Moga-moga Ramadhan ini memberi seribu erti, meningkatkan keinsafan serta tawaduk kita kepadanya..Amin..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


gersang bumi tanpa hujan..gersang akal tanpa ilmu,,gersang hati tanpa iman..gersang jiwa tanpa amal..
marhaban ya ramadhan…………….
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Mohon Maaf lahir dan batin



16 August 2009

15 sebab bencana menimpa manusia


Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat. Sama-samalah kita renung-renungkan... Adakah SINONIM dengan wabak yang melanda kita kini...

Wallahualam

Kredit pada isu hangat diatas info ini..

15 August 2009

Pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ogos rupanye kita ni..Kalau ikut kalendar Islam kita dh pun diakhir bulan Syaaban dan seperti yang kita semua sedia maklum seminggu lagi akan menjelanglah bulan yang kita semua umat Islam nanti-nantikan ketibaannya setiap tahun iaitu kedatangan bulan Ramadhan al-mubarak..Berdoalah kita agar sama-sama kita dapat mengharungi dan memperoleh sebanyak mungkin pahala amal dalam bulan yang mulia itu nanti...InshaAllah...

Bercakap mengenai tajuk diatas, rata-rata semua sekolah rasanya telah dan sedang mengadakan sambutan bulan kemerdekaan...Tidak terkecualilah juga dengan sekolah Aku... Semalam jumaat bersamaan de
ngan 14hb Ogos, kami mengadakan perhimpunan pelancaran di tapak perhimpunan sekolah..Rata-rata anak murid semuanya ada bendera ditangan masing-masing... bagus tu objektif tercapai...Acaranye simple sahaja serta serupa dengan tahun-tahun sebelum ini iaitu persembahan daripada murid-murid seperti bacaan sajak serta nyanyian..Kelainan pada tahun ni cuma satu iaitu persembahan syair dari seorang guru atas permintaan pihak sekolah...Maka mendayu-dayulah tapak perhimpunan pada pagi tersebut dengan kelunakkan suara guru berkenaan..Oklah aku rasa kalau join pertandingan syair antara sekolah sure sekolah kami boleh jadi champion punye..


Namun jauh disudut hati tetiba aku rasa sayu...Sayu memandang semua anak bangsaku pewaris masa depan Malaysia ini..T
etiba rasa cam tak bersemangat seperti tahun-tahun sebelum ni...Bukan ape cuma berasa tersangat berat dugaan yang melanda...Ya ancaman wabak yang telah meragut banyak nyawa kini membuatkan aku berasa begitu....harapanku moga kehadiran kemerdekaan serta bulan Ramadhan akan datang dapat menjauhkan wabak ini...Sama-samalah kita berdoa supaya kita dihindari dari dijangkitinya..InshaAllah..Allah maha mendengar lagi maha mengetahui..Amin..

08 August 2009

Jagung...


Amacam jagung kat atas ni...ok tak? Ni la dia hasil dari kebun kecilku yg terletak di tepi rumah sewa ku ini...Actually hasil tangan hubby aku...Aku ade gaklh tolong sikit2..Tolong cabut rumput ngan meneman hubby aku je...Last week, balik kl aku angkutlh sekali sume2 yg ade kat kebun aku ni..Antaranya pucuk ubi, serai, daun pisang, daun pandan serta jagung tu..Happy sgt mum aku menerimanya...Almaklum sumenye berbeli kat bandar nu...Inilh dia antara aktiviti hubby, aku ngan anak2..Ptg2 kat sinilh kami lepak...lepak yg berfaedah ya tak...Dari luas tak berbela baik dikerjakan..

Inilah dia kebun cenonet yg aku maksudkan...Ramai ge yg lalu lalang kat tepi rumah dok menanyakan pasal jagung ni termasuklah kengkawan serta anak muridku..Siap suruh wat bubur jagung lg tu..Nantilah InshaAllah, ade kesempatan sampailah bubur kat staffroom tu..Sabo na..Baru nak menjadi...k then..tggu pokok yg lain pula yea..

Bengkel..


Pada ari Isnin dan Selasa yang lalu..Panitia bahasa inggeris sekolah aku mengadakan satu bengkel grammar untuk murid-murid kelas pertama dan kedua tahun 4 dan 5...Bengkel ni berlangsung selama dua ari...akulah guru yang dipertanggungjawabkan bg mengelola bengkel berkenaan...Dari kutipan yuran hinggalah ke pengacara majlis...Memang busy...Ape tak busynye..aku terpaksa berkejar-kejaran antara bengkel serta kelas yang aku kena mengajar seperti biasa..tidak ade 'relieve' teacher utk aku..Anyway bengkel tersebut berjalan dengan baik dan aku dapati anak-anak muridku mendapat info bermanfaat dr bengkel berkenaan..kredit pada Bistamam training & consultancy kerna informasi mereka mantap serta menarik ...Walaupun aku tak dpt ikut serta, aku dpt gak sedikit sebanyak info how to improve grammar in teaching...